Friday, April 2, 2010

PENYEDIAAN MAKANAN ANAK BENIH OLEH EN. JOHARI PUSAT PERIKANAN BUKIT TINGGI , KARAK, PAHANG.












•1.0 Pendahuluan.
•Merupakan makanan asasi bagi rega & benih.
•Makanan utama bagi rega yg berumur 4 hari
• ( mulut mula terbuka ) – mencapai umur 1 bulan atau sehingga mampu memakan makanan lain.
•Sangat penting dalam pembenihan ikan air tawar.
•Tanpa makanan hidup, benih yg banyak tidak dapat dihasilkan.
•Merupakan kunci kejayaan dalam pengeluaran benih ikan air tawar.
•Terdiri dari air hijau, moina, cacing dan artemia.
•Makanan hidup ini boleh di ternak di dalam kolam tanah, kolam simen, tangki kanvas dan tangki gentian kaca.

•2.0 Jenis-jenis makanan hidup.
•2.1 Air Hijau.
•Air yg mengandungi fitoplankton – organisma satu sel yg terdiri dari beberapa spesies yg mempunyai klorofil a yg menjalankan proses fotosintesis bagi menghasilkan makanan untuk pertumbuhan sel & membiak untuk membentuk koloni atau populasi yang banyak.
•Koloni dihasilkan melalui pembiakan asexual iaitu pembiakan secara pembahagian sel ( binary fision ).
•Mengandungi protin yg tinggi & sangat berguna kepada benih yang diasuh.

•Spesies utama yang sangat berguna ialah Chorella sp.
•Spesies ini mengandungi protien yg tinggi dan asid amino yang diperlukan oleh benih untuk membesar.
•Spesies ini Cuma boleh dilihat di bawah mikroskop.
•Kehadiran spesies ini dalam air dapat ditentukan melalui warna air.
•Air kolam yg berwarna hijau menunjukkan kehadiran spesies ini.
•Selain digunakan untuk asuhan benih ikan, spesies ini telah digunakan sebagai makanan kesihatan oleh manusia.

•2.2 Moina.
•Sejenis zooplankton dalam kelas Krustasia.
•Spesies ini mudah didapati di kolam-kolam oksidasi bahan kumbahan domestik.
•Pd masa ini ramai penternak ikan hiasan mendapatkan bekalan moina dari kolam oksidasi.
•Moina yg dipungut dari kolam oksidasi tidak sesuai untuk makanan benih.
•Mengandungi banyak bakteria terutamanya E. coli & bakteria lain yg merbahaya kpd kesihatan manusia.
•Moina boleh diternak di dalam tangki atau kolam tanah.
•Ternakan dalam tangki dipilih kerana hasil yg diperolehi adalah satu spesies sahaja ( pure culture ).
•Pengurusan ternakan adalah mudah.
•Hasil yg diperolehi adalah banyak, bersih dan tidak membawa penyakit kpd benih yg diasuh.
•Jika ternakan dalam kolam tanah dijalankan, hasil yg diperolehi adalah pelbagai spesies dan bercampur aduk dengan serangga dan cacing.
•Keadaan ini sukar dikendalikan dan banyak kerja pengasingan perlu dilakukan.
•2.3 Cacing.
•Ada dua jenis iaitu
•Cacing tubefax( tubefax worm ).
•Cacing darah ( blood worm ).
•Cacing tubefax boleh didapati di sungai atau longkang yg tercemar dari kumbahan domestik, ladang ternakan haiwan dan kilang yg berasaskan pertanian. eg kilang ubi kayu.
•Cacing dari kawasan ini tidak sesuai diberi kpd benih ikan kerana cacing ini membawa bahan toksid dan bakteria dalam badannya.
•Boleh mengancam kesihatan benih ikan.

•Cacing darah adalah merupakan larvae kpd sejenis lalat liar.
•Lalat ini akan bertelur dipermukaan air.
•Telur akan menetas dan larvae berkembang di dasar.
•Cacing ini membuat sarang dan tinggal di dalamnya sehingga cukup sifat dan terbang.
•Cacing ini boleh diternak di dalam tangki.
•2.4 Artemia.
•Sejenis zooplankton dalam kelas krustasia.
•Hidup dalam air masin terutamanya di dalam tasek garam yang terdapat di Amerika.
•Dalam tasek yg normal, artemia akan hidup seperti zooplankton yg lain.
•Bila suhu meningkat & air tersejat, kemasinan air akan meningkat.
•Keadaan ini tidak disukai oleh artemia & jika keadaan berlarutan ia akan mati.
•Demi untuk menjamin kesinambungan generasinya, maka ia memaskanya dirinya berada dalam fasa dorman.

•Menghasilkan sista yg kebal & tahan terhadap perubahan alam sekitarnya.
•Dalam fasa ini artemia akan melalui fasa rehat di dalam sista.
•Sista akan terapung di atas permukaan air tasek garam.
•Sista akan dikutip dengan menggunakan penyauk halus, dibersihkan, dinyah kuman sebelum di pek dalam bekas dan di dagangkan.
•Apabia sista ini berada di dalam air dan keadaan telah berubah dan sesuai untuk artemia, maka sista akan menetas dan menghasilkan artemia yang baru.
•3.0 Ternakan makanan hidup.
•3.1 Air Hijau.

•Jenis-jenis tangki ternakan.
•Tangki fibreglass.
•Berbentuk segiempat bujur.
•Saiz antara 1.0m x2.0m x 1.0 m hingga 2.0m x 4.0m x 1.0 m
•Dalam air – 60 cm
•ii. Kolam konkrit.
•Berbentuk segiempat bujur.
•Saiz antara 1.0 m x 3.0m x 1.0m hingga 5.0m x 10.0cm x 1.0 m.
•Dalam air – 60 cm
•b. Penyediaan tangki ternakan.
•Pembersihan tangki/kolam.
•Keringkan air kolam.
•Bersihkan kolam/tangki dari lumut & sisa baja.
•Bilas dengan air bersih.
•Jemur tangki/kolam selama 2 – 3 jam.
•ii. Membaja kolam/tangki.
•3 jenis baja – ami-ami, urea & triplesuoerfosfat.
•Masukkan ami-ami pd kadar 0.5 kg/tan air, urea 0.1 kg/tan air dan triplesuperfosfat pd kadar 0.1 kg/tan air.
•Larutkan & kacau sehingga sebati.

•iii. Memasukkan air.
•Masukkan air sedalam 30 cm.
•Kacau sehingga rata.
•Kolam/tangki kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh fitoplankton.
•iv. Inokulasi benih air hijau.
•Pd hari berikutnya masukkan air hijau sebanyak 2 tan dgn memindahkan air dari kolam sediada.
•Tambahkan air bersih sehingga paras 60 cm.
•Pd hari ke 3 – 7 air akan menjadi hijau & air ini boleh digunakan untuk mengasuh benih ikan.

•3.2 Moina.

•Jenis-jenis tangki ternakan.
•Tangki fibreglass.
•Berbentuk segiempat bujur.
•Saiz : 1.0 m x 2.0 m x 1.0 m hingga 2.0 m x 3.0 m x 1.0 m .
•Dalam air 60 cm.
•ii. Kolam Konkrit.
•Berbentuk segiempat bujur.
•Saiz : 1.0 m x 2.0 m x 1.0 m hingga 5.0 m x 10.0 m x 1.0 m
•Dalam air adalah 60 cm.

•b. Penyediaan tangki ternakan.
•Pembersihan tangki/kolam.
•Keringkan air kolam/tangki.
•Bersihkan tangki dari lumut & sisa baja.
•Bilas dengan air bersih.
•Jemur tangki selama 2 – 3 hari.
•ii. Memindahkan air hijau ke tangki/kolam.
•Masukkan air bersih sehingga ke paras 30 cm.
•Pindahkan air hijau dari tangki air hijau ke kolam ternakan sehingga ke paras 60 cm.
•Berikan pengudaraan.
•Densiti air hijau akan meningkat.
•iii. Inokulasi benih moina.
•Tangkap moina dgn sauk halus sebanyak 1.0 kg
•Pindahkan ke dalam tangki ternakan.
•Biarkan moina berkembang biak selama 4 hari.
•Moina memakan fitoplankton.
•Moina membiak dengan cara bertelur.
•Telur menetas menghasilkan larvae.
•Larvae akan membesar dgn memakan fitoplankton.
•Kitar hidup moina pendek antara 7 – 10 hari.
•Selepas 10 hari moina akan mati & generasi baru akan berkembang biak.
•Jumlah populasi yg terbentuk adalah bergantung kpd kekerapan pembiakan & peneluran, bekalan fitoplankton dan mutu air.
•Kandungan oksigen, pH & nitrat perlu sesuai untuk mempercepatkan perkembangan dan penghasilan moina.
•Sekiranya pd hari kedua warna air bertukar dari hijau kpd cokelat atau jernih, tambahkan air hijau supaya makanan sentiasa mencukupi.
•Ulangi proses ini hingga hari ke empat ternakan dijalankan.
•Moina akan sentiasa membiak setiap hari jika mutu air berada pada paras yang sesuai.

•c. Kutipan hasil.
•Selepas 4 hari benih moina diinokulasi ke dalam tangki ternakan, ia berkembang biak & menghasilkan moina yang banyak.
•Jika benih 1.0 kg dilepaskan ke dalam kolam ternakan hasil yg diperolehi ialah 4.5 – 5.5 kg.
•Jumlah ini boleh ditingkatkan dgn menambah volume air ternakan, meningkatkan DO, meningkatkan jumlah makanan dan pengawasan mutu air yg baik.
•Kutipan hasil dijalankan pada waktu pagi sebelum jam 10.00 pagi.
•Masa utk menjalankan kerja-kerja kutipan adalah
•Bergantung kpd densiti, saiz net dan cara kutipan hasil dijalankan.
•Sebagai contoh untuk memungut hasil sebanyak 5.0 kg mengambil masa 5 jam.
•Kutipan hasil dijalankan dgn menggunakan net halus yg direkabentuk khas untuk menangkap moina.
•Saiz net ialah 45 cm x 120 cm dgn saiz mata 0.1 mm.
•Bhg mulut net dipasang pada paip saluran air keluar.
•Buka pintu air & biarkan air mengalir melalui net.
•Moina akan terperangkap di dalam net.

•d. Pengendalian hasil lepas tuai.
•Diberi terus kepada rega.
•Moina yg dipungut boleh diberi terus kpd rega.
•Caranya mudah, ambil moina dan masukkan ke dalam tangki asuhan benih.
•Moina akan berenang sambil memakan plankton.
•Rega yg diasuh akan memakan moina.
•Moina yg tidak habis dimakan akan terus hidup dan membiak.
•Penternak akan menambah moina.
•Proses ini akan berulangan sehingga benih mencapai saiz pasaran & dijual.

•ii. Moina segar.
•Moina boleh disimpan dalam bekas yg mengandungi air dan pengudaraan.
•Boleh disimpan untuk satu jangkamasa tertentu sahaja kerana faktor kitar hidup.
•Tujuannya ialah utk membolehkan benih ikan mendapat moina yang segar sepanjang masa.
•Melalui cara ini moina tidak dapat disimpan dengan lebih lama lagi akibat faktor kitar hidup, bekalan makanan yang terhad bagi moina.
iii. Moina beku.
•Moina boleh disejukbeku di dlm refrigerator.
•Masukkan moina ke dlm bekas atau beg plastik.
•Bekukan dlm refrigerator.
•Dgn cara ini moina boleh disimpan lebih lama sebagai moina beku.
•Moina ini boleh dijual atau digunakan pada bila-bila masa sahaja.
•Menyimpan moina cara ini penting agar bekalan moina tidak terputus.
•Cara untuk memberi moina beku kpd benih adalah mudah.
•Keluarkan moina dari bekas.
•Masukkan moina itu ke dalam kolam.
•Bungkah moina itu akan terapung.
•Benih akan mengerumuni dan memakan moina yang terpisah akibat pencairan moina beku.
•Masa yang diambil untuk memakan moina seberat 0.5 kg oleh 20,000 ekor benih yang bersaiz 2.5 cm adalah adalah 20 minit sahaja.
•Benih ikan gemar memakan moina terutama sekali ketika benih sedang membesar.

3.3 Artemia.

3.3.1 Penyediaan tangki penetasan.
•Bersihkan tangki penetasan menggunakan bahan pencuci.
• Masukkan air bersih sehingga ke paras yang ditetapkan.
•Masukkan garam kasar pada kadar 30 gram per 1 liter air.
•Kemasinan air adalah 30 ppt.
•Larutkan sehingga sekata.
•Berikan alat pengudaraan.
•Masukkan 1 gram sista artemia ke dalam 1 liter air.
•Biarkan selama 24 jam.
3.3.2 Penetasan Sista Artemia.
•Sista artemia akan menetas selepas 24 jam diram di dalam air masin.
•Sista artemia akan menetas sepenuhnya selepas 25 jam pada suhu 28˚C dan pH 7.5
•Jika pH rendah sista tidak akan menetas.
•Untuk atasi masalah ini bubuhkan sedikit soda bikarbonat untuk meninggikan pH air.
•Pastikan alat pengudaraan dipasang sehingga sista menetas.
•Sista artemia perlu terampai dan bergerak ke atas dan ke bawah oleh tindakan arus pengudaraan.
•Jika pengudaraan dihentikan sista akan mendak di dasar tangki dan mati.
3.3.3 Kutipan hasil.
•Selepas 24 dieramkan sista akan menetas dan sedia untuk di makan oleh rega.
•Kutipan hasil dimulakan dengan mematikan alat pengudaraan dan biarkan selama 15 minit.
•Dalam tempuh 15 minit, sista artemia yang tidak menetas,kulit sista dan sista yang sambang akan terapung dipermukaan air.
•Artemia yang menetas akan mendak di dasar tangki.
•Untuk mempercepatan artemia mendak di dasar pastikan bahahian bawah tangki lutsinar.
•Cahaya yang menembusi bhg bawah tangki akan menarik perhatian artemia.
•Keadaan ini akan memudahkan artemia berkumpul di dasar.
•Apabila artemia telah berkumpul di dasar, buka paip di bhg bawah tangki dan tadah artemia dengan penapis halus.
•Kutipan hasil inin dilakukan sehingga semua artemia dikutip.
•Artemia yang telah dikutip dicuci untuk menghilangkan kemasinannya dan kemudian diberi kpeda rega yang berumur 5 hari.
•Artemia yang berlebihan boleh disimpan di dalam bekas yang mengandungi air berkemasinan 25 – 30 ppt selama 2 hari.
•Selepas tempoh ini artemia akan mati.

4.0 Penyediaan Kastad Telur.

•Kastard telur biasanya digunakan sebagai makanan tambahan kepada rega udang dan ikan.
•Makanan ini biasanya diberi kepada rega yang berunur melebihi dari 10 hari.
•Digunakan apabila makanan hidup tidak ada atau terputus bekalan.
•Merupakan makanan yang seimbang dan mempercepatkan pertumbuhan anak benih.
•Penyediaan makanan ini adalah mudah dan murah berbanding dengan makanan hidup yang lain terutamanya artemia.
•Makanan ini juga boleh diperkaya dengan vitamin, mineral dan antibiotik untuk mengegah penyakit.
4.1 Bahan-bahannya.
a. Telur ayam - 2 biji
b. Isi Ikan Kayu/Kembung - 50 gram
c. Sotong Basah - 50 gram
d. Udang Basah - 50 gram
e. Susu tepung - 30 gram
f . Powder feed - 200 gram
g. Air - 1 liter
4.2 Caranya
a. Campurkan semua bahan a – g ke dalam alat pengisar ( blender ).
b. Kisar semua bahan sehingga hancur dan sekata.

Masukkan bancuhan tersebut dalam bekas dan
kukus selama 10 minit atau sehingga masak dan
sejukkan.
d. Kisarkan kastard tersebut menggunakan blender sehingga halus.
e. Letakkan kastard hancur tersebut di atas jaring
( sieve ) halus dan tekan sehingga keluar butiran halus.
f. Kumpulkan butiran ini ke dalam bekas sehingga semua kastard menjadi butiran halus.
g. Berikan kastard tersebut kepada rega yang di
asuh.

SEKIAN, TERIMA KASIH

2 comments:

  1. sekadar bertanya.. bagaimanakah cara menyediakan medium untuk fitoplankton ?

    ReplyDelete
  2. What is a no deposit bonus? Casino Review 2021 : Video
    What is a 다파벳 no deposit bonus? 광명 출장마사지 Casino Review 2021 : Video slots 포천 출장마사지 – What is a no deposit bonus? Read our Casino Review 공주 출장마사지 for information 목포 출장마사지 about casino

    ReplyDelete